comscore
Tumpuan :
Dunia

Mali, Burkina Faso, Niger tubuh konfederasi Sahel

NIGER: Pemimpin tentera Mali, Burkina Faso dan Niger mengumumkan pembentukan konfederasi tiga negara Sahel.

Ia dinyatakan pada sidang kemuncak bersama yang pertama di Niamey, Niger.

Kesepakatan dikecapi dengan objektif penubuhan konfederasi terbabit adalah menjamin keamanan serta pembangunan mampan.

Perikatan negara-negara Sahel juga didorong hasrat ketiga-tiga negara untuk keluar daripada blok Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS).

Hubungan antara tiga negara Sahel dengan ECOWAS tegang selepas Jeneral Abdourahamane Tiani mengambil alih kuasa daripada Presiden Mohamed Bazoum yang dipilih secara demokrasi di Niger pada Julai tahun lalu.

ECOWAS mengenakan sekatan ke atas Niger dan mengancam campur tangan sehingga menimbulkan kemarahan ketiga-tiga negara Sahel itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini