MALE: Banjir melanda ibu negara Maldives, susulan hujan lebat akibat monsun timur laut di negara kepulauan itu.
Pejabat Meteorologi Maldives (MET) pada hari Jumaat secara rasmi mengumumkan permulaan monsun timur laut, menandakan perubahan cuaca bermusim di seluruh negara, menurut media tempatan.
Air naik sehingga ke paras lutut di kawasan tertentu menyebabkan banyak kenderaan ditenggelami air
Setakat ini tiada sebarang laporan berhubung insiden kecederaan atau kematian – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.