comscore
Tumpuan :
Dunia

“Maklumkan kepada dunia kami akan kekal di bumi Palestin”

FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: “Setiap hari kami ada impian baru, setiap hari ada cerita baru, setiap hari ada bayi lahir, setiap hari mereka yang syahid ada kisahnya sendiri.

“Tetapi kami tak akan berputus asa, maklumkan kepada dunia kami akan kekal di bumi Palestin. Kami tak akan menyerah.”

Begitulah nekad dua beradik Nour, 30, dan Hadeel A Shaat, 38, yang juga adik serta kakak ipar kepada Nurul Ain Haron, 37, rakyat Malaysia yang kini berada di Khan Yunis sejak 1 Oktober lalu.

FOTO: Reuters

Sambil menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada warga Malaysia yang turut sama bersolidariti, kedua-duanya berkata mereka tidak akan menyerah serta meratapi nasib, malah akan terus menunggu kemenangan Palestin.

Pada hari itu, tanah air kami yang dirampas akan kembali menjadi milik kami semula.”

Menurut Nour, dia dilahirkan dalam keadaan negaranya dirampas oleh Zionis dan asas kehidupan mereka musnah.

FOTO: Reuters

“Semua itu tidak akan mampu mengubah hati kami, tanah ini tanah air kami, kami akan pertahankannya,” katanya ketika dihubungi BH awal pagi semalam.

Nour dan Hadeel yang berasal dari Khan Yunis kini menetap bersama keluarga selepas kediaman mereka musnah akibat dibom.

Ditanya apa yang membuatkan mereka nekad dan kekal bersemangat, dua beradik itu berkata, mereka percaya hari kemenangan akan tiba.

Nour yang kini hamil anak kembar pertamanya berkata, dia sedikit pun tidak bimbang dan berserah sepenuhnya kepada Allah.

“Hanya Allah pelindung kami, tidak ada ubat-ubatan, tidak akan ada apa-apa lain yang melindungi kami selain Allah,” katanya.

Selain Nour, kakaknya juga baru mendapat khabar gembira apabila hamil cahaya mata kelima.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini