comscore
Tumpuan :
Dunia

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak

FOTO: Reuters

GAZA: Kebanyakan angka korban dan kemusnahan yang berlaku di tengah Gaza bukan hanya melibatkan kem pelarian Maghazi namun kem Bureiji turut menjadi sasaran.

Dengan lebih 100 rakyat Palestin yang syahid dalam tempoh 12 jam, sebilangan besar mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

Serangan pengecut Israel adalah dari pelancaran peluru berpandu yang menyasarkan rumah dan bangunan yang diduduki orang awam.

Ia sekaligus memusnahkan kawasan kejiranan dan infrastruktur awam termasuk jalanraya yang menuju ke kem pelarian terlibat.

Sejak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi untuk membawa masuk lebih banyak bantuan kemanusiaan, lebih banyak serangan udara dilancarkan rejim itu.

Kesan kemusnahan adalah lebih dahsyat dan banyak berbanding jumlah bantuan yang masuk.

Palestin kini berdepan situasi kebuluran yang kritikal dengan menyaksikan ketiadaan bekalan air bersih serta bekalan ubat-ubatan yang mencukupi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini