comscore
Tumpuan :
Dunia

Majlis NATO-Ukraine dijadual bertemu Rabu bincang perjanjian bijirin Laut Hitam

Foto : Reuters

BRUSSELS:  Atas permintaan Ukraine, Setiausaha Agung  Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg akan mengadakan mesyuarat Majlis NATO-Ukraine pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Matlamatnya adalah untuk “berunding mengenai perkembangan terkini dan membincangkan pengangkutan bijirin Ukraine melalui Laut Hitam,” kata jurucakap NATO, Oana Lungescu.

Mesyuarat itu akan diadakan di peringkat duta, katanya.

Tidak lama sebelum pengumuman itu, Stoltenberg telah mengadakan perbualan melalui telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

“Perbincangan yang baik dengan Presiden (Zelensky) mengenai penarikan Russia dari perjanjian bijirin Laut Hitam.

“Kami dengan tegas mengutuk percubaan Moscow untuk menjadikan makanan sebagai senjata,” Stoltenberg menulis di Twitter selepas panggilan itu.

“Kami dan Stolenberg juga mengenal pasti keutamaan dan langkah masa depan yang diperlukan untuk membuka sekatan dan operasi mampan koridor bijirin Laut Hitam,” menurut ciapan Zelensky.

Pada sidang kemuncak NATO di Vilnius, 31 anggota pakatan pertahanan memutuskan untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Ukraine dan menubuhkan Majlis NATO-Ukraine, forum perundingan bersama untuk mempromosikan perbincangan isu keselamatan dengan Kyiv. -BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini