comscore
Tumpuan :
Dunia

Mahmoud Abbas tiba di Moscow, bakal bertemu Vladimir Putin

Foto: Reuters

MOSCOW: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiba di ibu kota Rusia, di Moscow pada Isnin, untuk lawatan rasmi.

Media Rusia menyiarkan video yang menunjukkan ketibaan Abbas di Lapangan Terbang Vnukovo, Moscow dan disambut oleh Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov yang juga utusan khas negara itu untuk Asia Barat dan Afrika.

Abbas dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Vladimir Putin.

Kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai situasi di Asia Barat dalam konteks kemerosotan terkini konflik Palestin-Israel dan bencana kemanusiaan yang belum pernah berlaku di Gaza.

Lawatan ini pada asalnya dirancang pada 15 November tahun lalu namun ditangguhkan atas permintaan pihak Palestin rentetan situasi di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini