Tumpuan :
Dunia

Mahkamah Rusia letakkan warga AS dalam tahanan disyaki penyeludup dadah

Foto: Reuters

MOSCOW: Mahkamah Rusia memutuskan untuk menempatkan seorang warga Amerika Syarikat (AS), yang disyaki penyeludupan dadah, dalam tahanan selama 30 hari, kata perkhidmatan akhbar mahkamah Moscow pada hari Sabtu (15 Februari).

Warga AS, Kalob Wayne Byers, telah ditahan oleh pegawai kastam di lapangan terbang Vnukovo, Moscow, semasa pemeriksaan bagasi, kata kenyataan itu.

Perkhidmatan Kastam Persekutuan Rusia mengesahkan pada hari Jumaat bahawa seorang warga AS berusia 28 tahun telah ditahan selepas pegawai kastam menjumpai ganja di dalam bagasinya, lapor agensi berita Interfax. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini