BUENOS AIRES: Mahkamah Rayuan Argentina pada Rabu mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Presiden, Cristina Fernandez de Kirchner atas tuduhan rasuah dalam pemberian projek awam.
Kirchner didapati bersalah kerana didakwa melakukan penipuan terhadap kerajaan dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun.
Bagaimanapun, keputusan itu masih boleh dirayu ke Mahkamah Agung Argentina.
Kirchner yang berkhidmat sebagai Presiden negara itu selama dua penggal antara 2007 hingga 2015, juga pernah menjawat jawatan Naib Presiden dari 2019 hingga 2023.
Reuters melaporkan Kirchner dijangka mencabar keputusan itu dalam rayuan seterusnya.
Selain itu, beliau turut dicalonkan untuk memimpin Parti Justicialista pada 17 November ini selepas Alberto Fernandez, bekas Presiden Argentina, dilucutkan jawatan akibat tuduhan keganasan rumah tangga.
Walau bagaimanapun, undang-undang baru yang kini sedang dibahas di Kongres, berpotensi melarang individu yang disabitkan kesalahan rasuah daripada memegang jawatan politik, mungkin memberi impak besar terhadap masa depan politik Kirchner jika diluluskan.
Krisis politik itu mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat Argentina yang kini semakin resah mengenai isu rasuah dan integriti pemimpin negara.
Parti pembangkang turut menyuarakan kebimbangan mengenai potensi pengaruh undang-undang tersebut ke atas masa depan Kirchner, yang tetap mempunyai sokongan kuat di kalangan penyokongnya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.