Tumpuan :
Dunia

Mahkamah Agung Brazil dikosongkan selepas 2 insiden letupan, seorang maut

SAO PAULO: Mahkamah Agung Brazil terpaksa dikosongkan selepas dua letupan berlaku di luar bangunan berkenaan pada malam Rabu, menyebabkan seorang lelaki terbunuh di dataran di hadapan mahkamah, menurut pihak polis dan saksi.

Para hakim dipindahkan dengan selamat, menurut kenyataan mahkamah.

Letupan pertama berlaku di tempat letak kereta berhampiran bangunan mahkamah, dengan siaran televisyen tempatan menunjukkan letupan berlaku di bahagian but sebuah kereta.

Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit untuk mengesan bahan letupan lain, dan Peguam Negara Brazil menyifatkan insiden ini sebagai “serangan” di media sosial.

Mayat seorang lelaki ditemukan terbaring di dataran berhadapan mahkamah.

Mahkamah Agung terletak berhadapan dengan istana presiden Brazil, di mana Presiden Luis Inacio Lula da Silva dilaporkan beredar beberapa minit sebelum letupan berlaku.

Kedua-dua letupan dilaporkan berlaku dalam selang masa 20 saat, menurut laporan media tempatan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini