KUALA LUMPUR: Maghribi telah meminta Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar peringkat Menteri Luar bagi membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza berikutan serangan tentera Israel sejak Sabtu.
Kedutaan Maghribi dalam satu kenyataan di sini berkata Raja Mohammed VI yang merupakan pengerusi Majlis Liga Arab semasa juga telah mengarahkan keperluan mencari cara untuk menghentikan peningkatan berbahaya yang menyasarkan orang awam.
Ia berkata rundingan intensif sedang dilakukan untuk mesyuarat itu diadakan minggu ini di ibu pejabatnya di Kaherah, Mesir.
Ditubuhkan pada 1945, Liga Arab kini dianggotai 22 negara termasuk Palestin. – BERNAMA
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Bedil 5,000 roket ke atas Israel, Hamas lancar serangan balas terbesar
- Serangan mengejut pejuang Hamas, mahu tamatkan penindasan rejim Zionis
- Rejim Israel isytihar perang terhadap Palestin
- Lebih banyak serangan roket dilancarkan Israel ke atas Gaza
- PERANG PALESTIN-ISRAEL: 413 rakyat Palestin termasuk 78 kanak-kanak terkorban
- Israel sengaja lancar serangan ke tapak bangunan kerajaan dan kem tentera
- OIC kecam tindakan Israel, bimbang peningkatan keganasan terhadap Palestin
- Syarikat penerbangan global tangguh, henti penerbangan ke Israel
- Malaysia kekal pendirian kembalikan hak rakyat Palestin