comscore
Tumpuan :
Dunia

Madonna dimasukkan ke ICU, konsert tangguh

Foto: Reuters

KUALA LUMPUR: Madonna menangguhkan siri konsert jelajah dunia selepas dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan bakteria yang serius.

Menurut pengurus kepada ikon pop dunia itu, Guy Oseary, penyanyi sensasi itu akan dirawat di ICU selama beberapa hari.

Difahamkan kesihatannya kini bertambah baik dan akan pulih sepenuhnya, tidak lama lagi.

Tambahnya, kesihatannya kini bertambah baik dan dijangka pulih sepenuhnya, tidak lama lagi.Madonna dipercayai menerima rawatan di sebuah hospital di New York, Amerika Syarikat (AS).

Siri jelajah dinamakan “Celebration Tour’ itu adalah penampilan pertamanya selepas penganjuran Konsert Madame X pada 2019 dan 2020.

Madonna juga pernah membatalkan beberapa siri konsert selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut dan pinggul.

Siri konsert kali ini dijangka bermula di Vancouver, Kanada pada 15 Julai dan berakhir di Mexico City, Mexico pada 30 Januari tahun depan.Siri jelajah ke Eropah dijadualkan bermula pada 14 Oktober di Arena O2, di London, England.

Lagu hit Madonna merentangi beberapa dekad termasuk ‘Into The Groove’ (1985), Vogue (1990) dan Hung Up (2005).Pada 2009, Madonna dianugerahkan Guinness World Record selepas menjadi artis wanita menerima bayaran tertinggi susulan konsert jelajah Sticky & Sweet.

Majalah Forbes turut menyenaraikan penyanyi sensasi itu sebagai wanita ke-45 paling kaya di AS dengan kekayaan AS$580 juta (RM2.7 bilion).

Madonna membesar di Detroit, Michigan dan berpindah ke New York pada 1978 bagi mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi dan penari terkenal.

Beliau memiliki enam cahaya mata dan minggu lalu, menerusi perkongsian di Instagram (IG), mengucapkan tahniah kepada anak kembar perempuan yang berusia 10 tahun selepas tamat pengajian di sekolah rendah.

Awal tahun ini, abangnya, Anthony Ciccone, 66, meninggal dunia akibat ketagihan alkohol. – AGENSI

Loading...
Terkini