comscore
Tumpuan :
Dunia

Lubnan kecam tindakan Israel serang pasukan pengaman UNIFIL

Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati.- Foto fail Reuters

BEIRUT: Lubnan mengecam tindakan Israel menyerang pasukan pengaman (United Nations Interim Force in Lebanon) UNIFIL pada jumaat.

Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati berkata serangan terhadap pasukan pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan negara itu merupakan perbuatan jenayah dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Serangan ke atas pasukan UNIFIL di Lubnan oleh Israel adalah jenayah yang kami kecam dan ditujukan kepada masyarakat antarabangsa.

“Umpamanya kesucian (undang-undang) dicabul dan kewujudannya diancam dengan menyasarkan pasukan keselamatan PBB,” katanya dalam satu ucapan yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Terdahulu, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah pos pemerhatian milik UNIFIL di pangkalan utamanya di Naqoura di selatan Lubnan pada Jumaat.

Menurut PBB, serangan itu mencederakan dua orang dan tentera Israel turut dilapor melanggar perimeter kedudukan UNIFIL pada Khamis.

Setakat Jumaat, pejabat hak asasi manusia PBB berkata lebih 100 pegawai perubatan dan pekerja kecemasan telah terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini