comscore
Tumpuan :
Dunia

Lubnan gesa PBB ambil tindakan tegas terhadap serangan berterusan Israel

Orang ramai berkumpul di hadapan sebuah premis selepas insiden letupan alat kelui di Beirut, awal minggu ini.

BEIRUT: Tindakan tegas perlu diambil Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan serangan Israel ke atas Lubnan.

Perkata itu disuarakan Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Makati yang menyifatkan pencerobohan berterusan Negara Haram itu telah mengakibatkan ratusan kematian dan ribuan kecederaan.

“Serangan Israel bukan hanya ancaman kepada Lubnan, tetapi juga kepada kemanusiaan secara keseluruhan. Majlis Keselamatan perlu mengeluarkan kenyataan tegas untuk menghentikan apa yang saya anggap sebagai ‘perang pembasmian’ oleh Israel,” katanya.

Beliau juga mendesak badan perlindungan itu dengan segera mengeluarkan arahan yang tegas kepada Israel untuk menghentikan genosid kerana ia melibatkan nilai kemanusian secara keseluruhan.

Selain itu, dalam pertemuan bersama Duta Besar United Kingdom ke Lubnan, Hanish Cowell, Najib meminta United Kingdom untuk menjadikan isu ini sebagai keutamaan dalam Mesyuarat Keselamatan PBB yang akan datang.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa jumlah korban akibat letupan ‘walkie-talkie’ di seluruh Lubnan meningkat kepada 20 orang, manakala 450 lagi dilaporkan cedera.

Letupan tersebut berlaku sehari selepas peranti elektronik yang digunakan oleh pejuang Hezbollah meletup di seluruh negara, mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan lebih 2,800 orang

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini