Tumpuan :
Dunia

Lubang benam sedalam 8 meter, dua lori terjatuh

Lubang benam berukuran 10 meter lebar dan 5 meter panjang terjadi sekitar jam 8:45 pagi di jalan raya di Busan, Korea Selatan. – FOTO: Reuters

KOREA SELATAN: Satu lubang besar dengan kedalaman lapan meter terbentuk di jalan raya di Busan, Korea Selatan menyebabkan dua trak jatuh ke dalamnya, lapor media tempatan.

Lubang berkenaan dipercayai terjadi susulan hujan lebat berterusan di bandar berkenaan.

Lapor Yonhap News Television yang memetik daripada Ibu Pejabat Kebakaran dan Bencana Metropolitan Busan, lubang tersebut berukuran sekitar 10 meter lebar, 5 meter panjang, dan 8 meter dalam berlaku di jalan raya di Sasang-gu, Busan, sekitar jam 8:45 pagi semalam.

FOTO: Reuters

Laporan itu juga menyebut, lubang tersebut menyebabkan dua lori yang sedang melalui jalan raya itu jatuh ke dalam lubang berkenaan semasa hujan lebat lebih daripada 200mm melanda bandar itu.

Pegawai bomba menyatakan tiada kemalangan jiwa dalam insiden tersebut dan pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca sebenar kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini