Tumpuan :
Dunia

Luar jangka, 7,000 pulau baharu di Jepun

FOTO: Reuters Connect

TOKYO: Diluar jangkaan, 7,000 buah pulau baharu ditemui di Jepun.

Penemuan terbaharu oleh Jabatan Pemetaan dan Perangkaan Jepun (GSI) itu sekali gus menjadikan angka berkenaan meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 14,125 pulau berbanding hanya 6,852 pulau pada 1987 seperti yang direkodkan.

Portal berita antarabangsa CNN melaporkan, penemuan terbaharu oleh GSI itu juga sekali gus mencerminkan kemajuan dalam teknologi kajian dan perincian yang digunakan dalam melakukan hitungan terbaharu.

Bagaimanapun, dalam masa sama, GCI berkata, perhitungan terbaharu tidak mengubah keseluruhan keluasan tanah negara matahari terbit itu.

FOTO: Reuters Connect

Bahkan, kata GSI, dalam kenyataan yang diedarkan, tiada kesepakatan yang dicapai di peringkat antarabangsa berhubung cara menghitung pulau.

Jepun juga masih menggunakan kriteria yang sama dalam melakukan hitungan pulau sebagaimana 35 tahun lalu.

Pihak berkuasa Jepun merekodkan ukur lilit keluasan kawasan daratan di negara itu ialah 100 meter (330 kaki).

Jepun juga tidak mengambil kira jumlah pulau buatan yang dilakukan secara tambakan.

Namun begitu, terdapat beberapa pulau yang dilaporkan menjadi sengketa dan rebutan antara Jepun dengan beberapa negara lain.

Loading...
Terkini