JEPUN: Sebuah lori terjatuh ke dalam lubang mendapan tanah sedalam lima meter di sebuah persimpangan pada hari Selasa (28 Januari) di Wilayah Saitama.
Lori itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat di bandar Yashio, namun seorang lelaki berusia 74 tahun masih terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan tidak memberikan sedarkan diri setakat hari Rabu (29 Januari), lapor penyiar nasional NHK.
Menurut NHK, satu lagi lubang benam berlaku di sebuah lokasi berhampiran pada awal pagi Rabu.
Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan lebih banyak lubang benam muncul di kawasan sekitar serta potensi kebocoran gas dan mereka menggalakkan pemindahan dalam lingkungan 200 meter dari lokasi kejadian. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.