MALI: Lebih 70 maut selepas sebuah lombong emas runtuh di Kangaba.
Pegawai Kanan Jabatan Geologi dan Perlombongan mendedahkan, ketika kejadian terdapat lebih 200 pelombong di lokasi itu.
Ia bermula dengan bunyi kuat dan diikuti dengan gegaran serta runtuhan tanah
Punca sebenar runtuhan yang berlaku dalam insiden Jumaat lalu itu tidak dapat dipastikan sehingga kini
Kerajaan dalam pada itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Kementerian Perlombongan dalam kenyataannya kesal dengan insiden yang berlaku dan menggesa agar pihak pelombong dan komuniti setempat mematuhi langkah piawaian keselamatan
Kira-kira lebih dua juta penduduk di Mali bekerja dalam sektor perlombongan bagi menjana pendapatan. – AL JAZEERA