comscore
Tumpuan :
Dunia

Liga Arab puji resolusi PBB kutuk pendudukan Israel

FOTO: Reuters

MAKKAH: Liga Dunia Islam (MWL) menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNGA meluluskan resolusi untuk menamatkan pendudukan Israel di Palestin.

Lapor Agensi Berita Saudi (SPA), resolusi itu diluluskan dengan undian majoriti sebanyak 124.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sheikh Dr Mohammed Al-Issa menekankan kepentingan resolusi itu sebagai cerminan pengiktirafan antarabangsa terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan memiliki negara.

Beliau memuji negara yang mengundi menyokong resolusi itu dan menggesa masyarakat global untuk menyokong hak asasi dan hak undang-undang rakyat Palestin dengan mendesak pelaksanaan resolusi ini.

Dr Al-Issa juga menekankan kepentingan mengambil tindakan untuk menangani ketidakadilan yang berterusan terhadap rakyat Palestin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini