BEIJING: Timbalan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China telah meluluskan pelantikan Jeneral Li Shangfu, 65, sebagai Menteri Pertahanan yang baharu, lapor Sputnik.
Proses pengundian itu diadakan pada Ahad pada mesyuarat pleno kelima sesi pertama NPC ke-14.
Sementara itu, Ding Xuexiang, He Lifeng, Zhang Guoqing dan Liu Guozhong telah dilantik menyandang jawatan naib perdana menteri.
Li Shangfu, Wang Xiaohong, Wu Zhenglong, Shen Yiqin dan Qin Gang pula dilantik sebagai ahli majlis negara.
Selain itu, Ahli Parlimen NPC turut meluluskan pelantikan setiausaha agung Majlis Negara (Wu Zhenglong) dan 26 ketua jabatan Majlis Negara.
Pada Sabtu, NPC – pihak berkuasa tertinggi negara China – meluluskan pelantikan Li Qiang sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu, pada Jumaat, timbalan menteri sebulat suara memilih semula Xi Jinping sebagai Presiden China untuk penggal ketiga. — BERNAMA-SPUTNIK