Tumpuan :
Dunia

Letusan Kanlaon: Hampir 90,000 penduduk di Pulau Negros diarah pindah

FOTO: Reuters

MANILA: Hampir 90,000 penduduk diarah pindah susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon di Pulau Negros, Filipina.

Letusan buat kali kedua tahun ini direkodkan pada Isnin lalu.

Letusan diiringi debu dan asap tebal setinggi 4,000 meter ke udara.

Susulan itu amaran tahap III dikeluarkan kepada penduduk menandakan risiko peningkatan aliran lava dan potensi berlakunya letusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Jabatan Kesihatan turut mengeluarkan amaran ancaman kesihatan kepada penduduk selepas abu mula melitupi kediaman penduduk.

Kali terakhir Kanlaon meletus adalah pada 3 Jun lalu. – WION/ newsinfo.inquirer/ REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini