MANILA: Letusan Gunung Berapi Kanlaon di Pulau Negros baru-baru ini menjejaskan 11,791 keluarga, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Khamis.
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Setakat ini, seramai 4,630 keluarga atau 15,334 orang telah ditempatkan di 27 pusat pemindahan, manakala 677 keluarga atau 2,522 orang menerima bantuan di luar pusat pemindahan.
Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan, pihak berkuasa tempatan dan organisasi bukan kerajaan menyediakan bantuan bernilai PHP6.43 juta kepada keluarga yang terjejas. – BERNAMA-PNA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.