comscore
Tumpuan :
Dunia

Letupan ‘walkie talkie’ di Lubnan, 9 maut manakala 300 lagi cedera 

Sebuah sekolah yang ditutup sehari selepas insiden letupan alat kelui di seluruh Lubnan.- Foto fail

Oleh Fareez Azman

LUBNAN: Tidak sampai 48 jam insiden letupan alat kelui di beberapa lokasi di Lubnan yang mengakibatkan 12 maut manakala hampir 3,000 mangsa cedera.

Satu lagi kejadian sama berlaku hari ini namun melibatkan letupan peranti ‘walkie-talkie’ di negara itu.

Menurut Menteri Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya sembilan lagi maut, manakala lebih 300 orang awam cedera dalam insiden terbaharu itu.

“Gelombang letupan walkie-talkie yang baharu … telah mengorbankan sembilan orang dan mencederakan lebih daripada 300 orang,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan memetik laporan agensi antarabangsa.

Selasa lalu, negara itu dikejutkan dengan kejadian letupan terkoordinasi melibatkan alat kelui yang telah meragut 12 nyawa termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan hampir 3,000 orang awam setakat ini.

Letupan berskala besar itu telah menyebabkan kesesakan di beberapa hospital di negara itu selepas ribuan mangsa dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini