comscore
Tumpuan :
Dunia

Letupan ribuan alat kelui di Lubnan. Apa yang ada perlu tahu?

Sebuah motosikal melepasi pintu pagar sekolah yang ditutup berikutan ledakan alat kelui di seluruh Lebanon pada Selasa.

BEIRUT: Kejadian letupan terkoordinasi peranti telekomunikasi mudah alih atau ‘pager’ di Lubnan pada Selasa telah meragut sembilan nyawa termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 2,750 orang awam setakat ini.

Memetik laporan agensi antarabangsa, letupan berskala besar itu telah menyebabkan kesesakan di beberapa hospital di negara itu selepas ribuan mangsa dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.

Perkara penting yang anda perlu tahu:

1. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada Selasa, melibatkan sekurang-kurangnya 3,000 pager meletup.

Petugas perubatan membawa orang awam yang cedera selepas insiden letupan alat kelui di Beirut.

2. 200 mangsa berada pada tahap kritikal dan sedang menerima rawatan

3. Sekurang-kurangnya sebanyak 5,000 pager diimport awal tahun ini oleh Hezbollah.

4. Saksi kejadian menyatakan pager berbunyi ‘beep’ selama 10 saat sebelum meletup.

5. Duta Besar Iran di Lubnan antara mangsa yang terlibat dan mengalami kecederaan di bahagian mata

Deretan kedai turut ditutup ekoran kejadian letupan alau kelui yang mencederakan ribuan orang awam pada Selasa.

6. Syarikat pengeluar alat kelui dari Taiwan menegaskan hanya sebagai pengeluar lesen sahaja, tiada kaitan dengan pembuatan mahupun reka bentuk produk.

8. AR-924 pager itu dibuat oleh sebuah syarikat di Eropah, mempunyai ketahanan bateri selama 85 hari dengan sekali caj dan boleh mempamerkan sebanyak 100 karakter pada satu masa.

Sebuah lagi sekolah yang ditutup sehari selepas insiden letupan alat kelui di seluruh Lubnan.

Berikutan itu, Lubnan mengumumkan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara pada Rabu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini