KYIV: Letupan kedengaran di seluruh Kyiv, ibu negara Ukraine sebaik tahun baharu 2023 membuka tirainya, kata Datuk Bandar Vitali Klitschko pada Ahad.
Vitali Klitschko berkata, letupan itu kedengaran di daerah Shevchenkivskyi dan Holosiivskyi di Kyiv, lapor Agensi Anadolu.
“Letupan kedengaran di ibu negara. Pertahanan udara berfungsi,” katanya menerusi Telegram.
Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Pada Sabtu, seorang awam terbunuh dan 20 cedera dalam satu serangan peluru berpandu. – BERNAMA