comscore
Tumpuan :
Dunia

Letupan di Lubnan: Antonio Gutteres zahir kebimbangan, gesa semua pihak elak peningkatan ketegangan 

Antonio Guterres.- Foto fail Reuters

Oleh Fareez Azman

LUBNAN: Susulan insiden letupan peranti komunikasi di Lubnan yang mengakibatkan 21 orang maut manakala hampir 3,000 cedera pada Selasa dan Rabu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres hari ini menzahirkan kebimbangan dengan beberapa siri letupan itu.

Menerusi satu kenyataan, Guterres mengesa semua pihak yang terlibat untuk berusaha sedaya upaya mengelak peningkatan ketegangan diantara Hezbollah dan Israel.

“Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berasa amat bimbang dengan laporan bahawa sejumlah besar peranti komunikasi meletup di seluruh Lubnan.

“Beliau menggesa semua pihak yang terlibat untuk berusaha sedaya upaya bagi mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan,” kata jurucakapnya, Stéphane Dujarric, dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak yang terlibat juga perlu komited semula kepada pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Majlis Keselamatan merujuk kepada resolusi yang menamatkan perang antara Hezbollah dan Israel pada 2006.

Loading...
Terkini