comscore
Tumpuan :
Dunia

Letupan di Lubnan: Alat kelui dikeluarkan oleh syarikat berpangkalan di Hungary

BAC Consulting KFT (REUTERS)

TAIPEI: Taiwan kini secara tidak langsung kini diheret dalam krisis politik Asia Barat selepas syarikat jenama alat kelui di negara itu meletup di Lubnan dan meragut sejumlah nyawa ahli Pejuang Kumpulan Hezbollah.

Syarikat pembuatan alat kelui Taiwan, Gold Apollo yang dikaitkan dengan serangan di Lubnan dalam kenyataan terbaharunya mendedahkan, alat berkenaan dibuat oleh firma – BAC Consulting KFT yang berpangkalan di Budapest, Hungary.

Antara isi kandung perjanjian kedua-dua syarikat itu, BAC Consulting KFT diberi kelulusan menggunakan jenama syarikat dari Taiwan di rantau tertentu.

Namun reka bentuk dan pembuatannya adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh syarikat BAC Consulting KFT.

Tiada burtiran lanjut diberikan wakil Syarikat Gold Apollo dalam sidang medianya itu.

Pakar berpendapat insiden secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan dalam industri teknologi yang berkembang pesat Taiwan. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini