Tumpuan :
Dunia

Letupan di balai polis cederakan 3 anggota

FOTO: REUTERS / KOMPAS TV

BANDUNG: Sekurang-kurangnya tiga anggota polis dilaporkan cedera apabila berlaku satu letupan di balai polis Astana Anyar.

Punca sebenar letupan kini sedang disiasat.

Menerusi visual yang ditunjukkan Kompas TV, terdapat kerosakan ekoran letupan yang tercetus di pintu masuk balai polis berkenaan.

Berikutan kejadian itu, jalanraya di kawasan sekitar ditutup serta-merta.

Buat masa ini, bagaimana letupan itu boleh berlaku masih belum dikenalpasti dan tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan.

Pada tahun 2019, Indonesia telah mewujudkan akta anti keganasan baharu yang lebih tegas selepas kejadian pegeboman berani mati dikaitkan dengan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) tercetus.

JAD dipercayai mempunyai kaitan dengan puak pelampau Daesh yang turut menyasarkan pihak polis.

Loading...
Terkini