comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki didenda RM2.6 juta selepas buka pintu pesawat yang masih di udara

Contoh pesawat Airbus A321 Asiana Airlines, yang mana seorang penumpang membuka pintu dalam penerbangan sejurus sebelum pesawat itu mendarat, di lapangan terbang di Daegu, Korea Selatan. – FOTO: Reuters

SEOUL: Seorang lelaki diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak 727 juta won (RM2.6 juta) kepada pengendali syarikat penerbangan selepas didapati membuka pintu ketika pesawat masih di udara.

Lelaki berusia 30 tahun itu disabitkan kesalahan pada November lalu kerana membuka pintu kecemasan lebih awal pesawat Asiana Airlines sedang bersedia untuk mendarat pada ketinggian kira-kira 213 meter (m) hingga 243m di udara.

Keputusan yang dibuat semalam itu adalah untuk menentukan pampasan, selepas perbicaraan jenayah yang diputuskan oleh Hakim Chae Seong-ho dari Mahkamah Daerah Daegu.

Dalam kejadian pada 26 Mei 2023 itu, pesawat dalam perjalanan ke Daegu dari Pulau Jeju itu membawa 197 penumpang termasuk pelajar yang menghadiri Festival Sukan Remaja Kebangsaan.

Sembilan daripada penumpang yang juga pelajar sekolah rendah mengalami kesukaran bernafas dan dibawa ke hospital sebaik sahaja pesawat berkenaan berjaya mendarat.

Lelaki itu ditahan di tempat kejadian sebelum dijatuhi hukuman penjara tiga tahun serta diarahkan untuk menjalani tempoh percubaan dan rawatan mental.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan menganggarkan kerosakan harta benda bernilai 640 juta won (RM2.34 juta) kerana pintu dan gelongsor kecemasan turut rosak.
-AGENSI-

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini