comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Lebih mudah kalahkan Harris berbanding Biden’ – Trump

Kamala Harris (kiri) dan Trump. FOTO: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan menarik diri daripada perebutan jawatan presiden, lawannya daripada Republikan, Donald Trump mengatakan bahawa pemimpin itu ‘tidak sesuai untuk bertanding’ menjadi presiden.

Trump berkata, pemilihan Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Parti Demokrat oleh Biden juga akan ‘lebih mudah untuk dikalahkan’ pada pilihan raya November ini.

“Semua orang di sekelilingnya, termasuk doktor dan media tahu bahawa dia tidak mampu menjadi Presiden, dan dia tidak,”.

“Kami akan sangat menderita kerana jawatan presidennya, tetapi kami akan membetulkan kerosakan yang dia lakukan dengan cepat. JADIKAN AMERIKA SEMULA HEBAT!”, tulis Trump di rangkaian sosial semalam.

Biden, 81, menamatkan kempen pemilihan semulanya selepas rakan Demokrat hilang kepercayaan terhadap ‘ketajaman mental’ dan keupayaannya untuk mengalahkan Trump.

Anak lelaki sulung Trump, Donald Trump Jr, berkata di media sosial selepas Biden mengundurkan diri bahawa Harris ‘memiliki keseluruhan rekod dasar sayap kiri Joe Biden’.

“Satu-satunya perbezaan ialah dia lebih liberal dan kurang cekap daripada Joe, yang benar-benar mengatakan sesuatu. Dia diletakkan untuk bertanggungjawab ke atas sempadan dan kami melihat pencerobohan pendatang tanpa izin terburuk dalam sejarah!!!,” katanya di X.

Beberapa pemimpin Parti Republikan turut menggesa Biden meletakkan jawatan sebagai presiden AS.

“Jika Joe Biden tidak boleh bertanding untuk pemilihan semula, dia tidak mampu dan tidak layak untuk berkhidmat sebagai Presiden AS. Dia perlu mesti segera meletak jawatan,” kata Pengerusi Persidangan Republikan Dewan Rakyat, Elise Stefanik, dalam satu kenyataan.

Selama berminggu-minggu, kempen Biden menegaskan bahawa pemimpin Demokrat itu kekal dalam perlumbaan.

Tetapi, selepas keputusannya untuk berundur daripada pemilihan semula, Parti Demokrat terjerumus ke dalam ketidaktentuan, kurang tempoh empat bulan sebelum pilihan raya pada November.

Profesor Sains Politik di Universiti George Mason di AS, Jennifer N Victor, memberitahu Al Jazeera bahawa modus operandi Trump dalam politik ‘selalunya adalah untuk menghina lawan politiknya’.

“Saya tidak menganggap Trump sebagai ahli sejarah dalam jawatan presiden Joe Biden,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini