comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 85,400 orang memasuki Ethiopia dari Sudan yang bergolak – PBB

Foto: Reuters

ADDIS ABABA: Jumlah mereka yang tiba di Ethiopia akibat konflik di Sudan telah melebihi 85,400 orang, menurut agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sehingga 15 Oktober, lebih 85,496 penduduk asal, pelarian dan pencari suaka tiba di Ethiopia melalui lintasan sempadan di Metema dan Kurmuk, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dalam laporan terkini yang dikeluarkan pada lewat Isnin, lapor Xinhua.

Daripada jumlah keseluruhan kemasukan itu, 38,560 terdiri daripada warga Ethiopia, 31,115 warga Sudan dan 15,821 lagi dari negara ketiga, kata IOM.

Menurut data terbaru agensi PBB itu, kira-kira 35,440 daripada jumlah ketibaan terdiri daripada wanita.

Pertempuran ganas meletus di Khartoum, ibu negara Sudan, pada 15 April dan merebak ke beberapa bahagian lain di negara itu antara Angkatan Bersenjata Sudan dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces, dengan kedua-dua pihak saling menuduh sebagai pencetus konflik. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini