comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 8,000 pelarian Rohingya hilang tempat tinggal

FOTO: Reuters

BANGLADESH: Lebih 8,000 pelarian Rohingya hilang tempat tinggal susulan kebakaran besar yang melanda kem pelarian di Cox Bazaar.

Menurut Jurucakap Bomba, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu memusnahkan lebih 1,000 rumah.

Tiada kematian atau kecederaan dicatatkan setakat ini.

Dua tahun lalu kebakaran di kem pelarian sama meragut 15 nyawa dan memusnahkan lebih 1,000 khemah.

Lebih sejuta pelarian Rohingya berlindung di kem pelarian Cox Bazaar selepas melarikan diri dari tentera Myanmar susulan keganasan yang tercetus pada 2017.  – REUTERS

Loading...
Terkini