Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Lebih 80 maut, ratusan cedera rempuhan ketika agih bantuan.

 

SANAA: Sekurang-kurangnya 79 disahkan terbunuh, manakala lebih 100 cedera dalam rempuhan di Sanaa, Yemen ketika pengagihan bantuan kewangan.

Menurut Pegawai Kesihatan Huthi, angka berkenaan adalah jumlah awal mangsa yang maut namun ada pihak mendakwa ia melebihi 80 orang dan sedang dikenal pasti.

Dalam pada itu mangsa cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Kejadian berlaku ketika pengagihan wang secara rawak oleh beberapa peniaga di kawasan Bab Al-Yemen yang di kuasai Huthi.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak yang bertanggungjawab untuk bantuan amal itu telah ditahan.

Video yang tular di media sosial menunjukkan mayat bergelimpangan di dalam sebuah kompleks besar dengan dikerumuni orang ramai.

Konflik di Yemen tercetus pada 2014 apabila Huthi yang disokong Iran merampas Sanaa, mendorong pakatan diketuai Arab Saudi campur tangan bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf antarabangsa.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) menyifatkan pergelutan di Yemen sebagai salah satu tragedi kemanusiaan terburuk di dunia.

Loading...
Terkini