KOSOVO: Lebih 80 orang cedera dalam rusuhan di antara penunjuk perasaan dengan Pasukan Pengaman di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Zvecan11 mangsa yang cedera adalah tentera warga Itali dengan tiga daripadanya kritikal.
Penunjuk perasaan membakar objek di tengah-tengah jalan raya selain membaling batu ke arah tentera.
Pasukan tentera pula membalas dengan tembakan gas pemedih mata
Ketegangan tercetus sejak etnik Albania memegang jawatan datuk bandar di kawasan utara Kosovo dengan majoriti penduduk Serbia.
Penunjuk perasaan mendesak agar kerajaan Kosovo mengosongkan jawatan datuk bandar melantik penduduk tempatan etnik Serbia untuk memegang jawatan itu.
Dalam pada itu, ketegangan turut memaksa Presiden Serbia, Aleksandar Vucic meletakkan tenteranya dalam keadaan siap sedia dan bergerak ke sempadan Kosovo – REUTERS