![](https://media.buletintv3.my/2025/02/zq2WtNCm-BTV3-NEW-22.jpg)
LONDON: Pasukan imigresen UK menahan lebih 600 pekerja asing tanpa dokumen bulan lalu, iaitu peningkatan sebanyak 73% berbanding tahun lalu.
Ini sebahagian daripada usaha kerajaan Parti Buruh untuk menangani pendatang tanpa dokumen dan sindiket penyeludupan manusia. Tangkapan dibuat di lebih 800 premis seperti restoran dan kedai serbaneka.
Perdana Menteri Keir Starmer, yang mengambil alih pentadbiran tahun lalu, membatalkan rancangan pengusiran pendatang ke Rwanda dan berjanji untuk memerangi sindiket penyeludupan.
Setiausaha Dalam Negeri, Yvette Cooper menyatakan majikan telah lama mengeksploitasi pekerja tanpa dokumen.
Isu pekerja asing tanpa dokumen, terutama yang menyeberangi Selat Inggeris, menjadi tumpuan pada PRU 2024 yang membawa kemenangan kepada Parti Buruh. Seramai 728,000 pekerja asing direkodkan berada di UK setakat Jun lalu.
Starmer berusaha mengurangkan kedua-dua jenis pendatang untuk mengekang sokongan terhadap Parti Reformasi UK yang anti-imigrasi.
Pada 2024, 36,816 orang menyeberangi Selat Inggeris secara haram, meningkat 25% berbanding tahun lalu.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Starmer menubuhkan Pasukan Keselamatan Sempadan baru dan memperkukuhkan kerjasama dengan negara Eropah. Kerajaan juga menekankan peningkatan pemulangan pendatang tidak sah.
RUU Keselamatan Sempadan, Suaka dan Imigresen baharu, yang bertujuan untuk membanteras sindiket penyeludupan migran, dijadual dibacakan di Parlimen.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.