![](https://media.buletintv3.my/2023/04/fGzLTM6V-CMS-PPZ-1.jpg)
OUAHIGOUYA: Sekurang-kurangnya 32 orang sukarelawan dan 10 anggota tentera terbunuh dalam serangan militan tempatan di utara Burkina Faso.
Menurut media tempatan, serangan yang berlaku di Ouahigouya itu turut mencederakan 33 yang lain.
Dalam satu kenyataan oleh pihak berkuasa tempatan, sekurang-kurangnya 50 militan ditundukkan dalam serangan balas oleh tentera kerajaan.
Media turut melaporkan satu lagi serangan militan menyasarkan konvoi tentera di Kongoussi.
Pertempuran terbabit meragut nyawa dua anggota tentera dan kira-kira 20 militan.
Dalam pada itu, media AFP yang memetik sumber dalaman junta tentera Burkina Faso memaklumkan beberapa kawasan bakal diisytihar darurat dalam tempoh terdekat. – AFP