comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 3,000 berhimpun kecam tindakan bakar Al-Quran

Foto Reuters

STOCKHOLM: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di tengah kota di Stockholm pada Ahad membantah tindakan membakar al-Quran di Sweden.

Perhimpunan itu berlangsung di dataran berhampiran masjid, lokasi tindakan biadap seorang individu membakar naskhah al-Quran pada 28 Jun lalu.

Menurut Polis Sweden, bantahan itu disertai kira-kira 3,000 peserta, lapor Xinhua memetik akhbar Dagens Nyheter (DN).

Pengerusi Persatuan Islam Bersatu Sweden, Mustafa Issa, yang menganjurkan protes berkenaan, berkata tindakan membakar al-Quran itu satu perbuatan bertopengkan kebebasan bersuara dan ia tidak seharusnya dibenarkan berlaku.

Demonstrasi itu dilancarkan menggesa pihak berkuasa negara berkenaan lebih peka dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap sebarang perilaku provokatif yang menggugat keharmonian kepelbagaian kaum serta agama di negara itu.

Loading...
Terkini