![](https://media.buletintv3.my/2025/02/WNwXQfPg-BTV3-NEW-.jpg)
MEXICO: Lebih 30 orang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Tabasco selatan Mexico, lapor media tempatan semalam.
Datuk Bandar Comalcalco, Ovidio Peralta, berkata bas itu dalam perjalanan antara Cancun dan Tabasco.
“Kami memberi perhatian kepada pihak berkuasa Persekutuan dan negeri untuk membantu dengan apa saja yang mereka minta,” katanya.
Kira-kira 44 penumpang menaiki bas, menurut senarai yang dikongsi oleh pengendali bas, Tours Acosta.
“Tours Acosta amat kesal dengan apa yang berlaku,” menurut syarikat itu dalam catatan di Facebook, sambil menambah bahawa ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat apa yang berlaku dan adakah bas itu mematuhi had kelajuan.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Tabasco, Ramiro Lopez, berkata pihak berkuasa akan memberikan maklumat terkini dengan butiran mengenai jumlah mangsa dan identiti mereka. -REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.