comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 250 orang terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam

FOTO: Reuters

GAZA: Satu lagi malam paling berdarah buat penduduk Gaza dalam tempoh 11 minggu.

Kementerian kesihatan Gaza melaporan lebih 250 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam dengan 500 cedera dalam serangan kejam rejim zionis.

Selepas melakukan serangan udara di kem pelarian Maghazi yang meragut lebih 100 nyawa, tentera rejim juga menyasarkan serangan udara mereka di Khan Younis, antara kawasan yang padat dengan penduduk.

Israel kini sedang meningkatkan serangan udara dan darat di tengah Gaza susulan pemimpin rejim Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan serangan terhadap rakyat Palestin.

Dalam pada itu jumlah korban terkini, seramai 20 ribu 700 ratus rakyat Palestin telah terbunuh manakala 54,536 yang lain cedera.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini