Tumpuan :
Dunia

Lebih 2,000 penduduk terpaksa berpindah susulan banjir di sebahagian Jakarta

FOTO: KOMPAS.COM

JAKARTA: Lebih 2,000 penduduk terpaksa berpindah susulan banjir yang melanda sebahagian wilayah Jakarta.

Angka itu dikeluarkan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) DKI Jakarta.

“Pengungsi tersebar di beberapa lokasi,” kata Ketua Pusat Data dan Informasi (Kapusdatin) BPBD DKI Jakarta, Mohamad Yohan, di Jakarta pada hari Rabu.

Menurut beliau, berdasarkan data yang ada, pengungsi tersebar di beberapa lokasi terutamanya di Jakarta Barat dan Jakarta Timur, kerana rumah mereka dilanda banjir.

Beliau menjelaskan bahawa penduduk yang berjumlah lebih daripada 2,000 orang telah dipindahkan ke lokasi-lokasi yang lebih selamat sambil menunggu air yang membanjiri rumah mereka surut.

Sementara itu, di Jakarta Timur, khususnya di Cakung Timur, terdapat 1,240 penduduk yang berlindung di rumah ibadat yang terletak di Jalan Pulau Sangiang.

“BPBD DKI mengingatkan masyarakat agar tetap berhati-hati dan waspada terhadap potensi genangan air. Dalam keadaan darurat, segera hubungi talian kecemasan. Perkhidmatan ini percuma dan beroperasi 24 jam tanpa henti,” katanya. – ANTARANEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini