GAZA: Lebih 200 terbunuh dalam tempoh tiga hari di Gaza akibat serangan rejim Israel.
Sasaran termasuk pangsapuri, khemah dan pasar dengan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Bedilan ke atas sebuah bangunan tiga tingkat di Dier el-Balah meragut tiga nyawa dengan 15 yang lain hilang.
Serangan bertali arus rejim Israel menyebabkan hospital sesak dengan mangsa yang cedera.
Situasi sama di Gaza City menyaksikan lebih 12 penduduk maut dan satu lagi kematian dicatatkan di Khan Younis.
Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan sekurang-kurangnya 10 individu ditahan pengganas rejim.
Lokasi serbuan termasuk Hebron, Tuqu dan Silwad.
Juga terdapat laporan pertempuran pengganas rejim dengan Pejuang Palestin di daerah Meithalun yang meragut satu nyawa.
Empat lagi kecederaan dilaporkan dalam serbuan di Nablus. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.