comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 120 juta penduduk di A.S. berdepan risiko cuaca buruk

AMERIKA SYARIKAT: Lebih 120 juta penduduk di Amerika Syarikat berdepan risiko cuaca buruk termasuk hujan batu, angin kencang, hujan lebat dan puting beliung.

Ia merangkumi kawasan dari Atlanta sehingga ke Philadelphia.

Setakat jam 8 pagi tadi, lebih sejuta penduduk terputus bekalan elektrik di 11 negeri

Ribuan jadual penerbangan terjejas di 9 lapangan terbang utama termasuk Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson.

Juga terdapat laporan kesesakan lalu lintas akibat tiang elektrik tumbang

Cuaca buruk juga menyebabkan penutupan pejabat kerajaan lebih awal.

Setakat ini satu kematian dilaporkan membabitkan lelaki berusia 28 tahun yang maut  akibat panahan petir

Gabenor beberapa negeri menggesa penduduk agar sentiasa bersedia dan peka dengan keadaan semasa. – CNN

Loading...
Terkini