Tumpuan :
Dunia

Lebih 1,000 kebakaran hutan terus merebak di seluruh Kanada

Foto: Reuters

TRENTON: Kerajaan Kanada pada Khamis memberi amaran bahawa kebakaran hutan akan terus merebak di seluruh negara, dengan lebih 1,000 kebakaran aktif ketika ini.

Menurut pegawai Jabatan Sumber Asli, daripada 1,052 kebakaran yang berlaku ketika ini, 791 adalah di luar kawalan.

Kebakaran hutan di pelbagai kawasan telah menyebabkan 284 perintah pemindahan dikeluarkan, manakala seramai 232,209 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, lapor Agensi Anadolu.

Sehingga Rabu, 16.5 juta hektar tanah terbakar pada musim ini sekali gus memecah rekod lama iaitu 7.6 juta hektar pada 1989.

“Pada September, unjuran terkini menunjukkan terdapat potensi peningkatan aktiviti kebakaran di seluruh Kanada tengah, dari timur Alberta ke tengah Ontario,” ketua pengarah di Sumber Asli Kanada, Michael Martin dipetik sebagai berkata oleh CTV News.

Sehingga Isnin, seramai 5,821 anggota bomba Kanada dan 4,990 anggota bomba antarabangsa bertungkus-lumus memadam kebakaran.

Sekurang-kurangnya empat anggota bomba terkorban sejak Julai. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini