comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 1,000 jemaah haji maut ketika suhu di Arab Saudi melonjak hampir 52 darjah Celsius

MAKKAH: Lebih 1,000 jemaah haji maut pada musim haji kali ini ketika suhu di Arab Saudi melonjak sehingga hampir 52 darjah Celcius.

Lapor media antarabangsa, 1,081 kematian dicatatkan melibatkan jemaah dari buah 10 negara.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi lebih separuh daripada mereka adalah jemaah yang tidak berdaftar.

Ia termasuk 650 jemaah warga Mesir dengan 630 daripadanya tidak mempunyai permit.

Mangsa lain yang maut turut membitkan jemaah warga Indonesia dengan jumlahnya melonjak kepada 183 orang berbanding 138 orang yang dilaporkan semalam.

India mencatatkan 90 kematian dan Pakistan pula 58 kematian.

Lain-lain negara termasuk Algeria, Tunisia, Jordan dan Iran.

Musim haji tahun ini menyaksikan lebih 1.83 juta umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu dengan 1.6 juta daripadanya datang dari 22 negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini