comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 1,000 doktor & jururawat terkorban angkara rejim Israel

FOTO: Reuters

GAZA CITY: Lebih 1,000 doktor dan jururawat menjadi korban rentetan serangan rejim Israel ke atas Gaza sejak tahun lalu.

Lapor Agensi Anadolu, menurut pejabat media kerajaan Gaza, lebih 310 anggota perubatan ditahan, diseksa dan dihukum mati di penjara.

Tidak cukup dengan itu, rejim Israel turut menghalang kemasukan bekalan perubatan, delegasi kesihatan dan ratusan pakar bedah ke Gaza.

Pejabat media itu mendakwa tentera Israel secara sengaja merancang menyasarkan hospital dengan matlamat meruntuhkan sistem kesihatan di Gaza.

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safiya cedera dalam serangan udara Israel ke atas fasiliti itu dan kawasan sekitarnya di utara Gaza pada Sabtu.

Sehingga kini, serangan genosid terus menerus rejim Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, mengorbankan lebih 44,200 nyawa.

Kebanyakan menjadi korban wanita dan kanak-kanak.

Lebih 104,500 lagi cedera.

Memasuki tahun kedua genosid di Gaza, majoriti masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan keji Israel itu.

Pelbagai pihak dan institusi menyifatkan serangan serta sekatan bantuan adalah perbuatan sengaja dengan niat busuk Israel untuk memusnahkan sebuah populasi.

Pada Khamis, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangannya ke atas Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini