comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 100 diselamatkan pengawal pantai Itali & NGO Sepanyol

Foto: Reuters

LAMPEDUSA: Lebih 100 pelarian di perairan selatan Pulau Lampedusa diselamatkan pengawal pantai Itali dan sukarelawan Open Arms Sepanyol.

Satu mayat turut ditemui.

Dalam operasi digerakkan, bot penyelamat Open Arms melakukan bantuan awal dengan memberi jaket keselamatan kepada bot kayu yang dipenuhi pelarian berkenaan.

Ia kemudian disusuli pengawal pantai Itali untuk membawa kesemua mereka ke lokasi selamat di Pulau Lampedusa.

6 wanita, 4 kanak-kanak dan dua lelaki warga emas antara mereka yang diselamatkan.

Pelarian berkenaan terdiri daripada warga Palestin, Syria, dan Mesir.

Rancangan kontroversi di kerajaan Itali untuk menubuhkan kem tahanan di Albania bagi menempatkan pelarian yang diselamatkan di perairan ditangguhkan beberapa minggu dari jadual asal.

Kerajaan Sayap Kanan Meloni menandatangani perjanjian dengan Albania tahun lalu bagi penubuhan kem berkenaan.

Ia dilihat sebahagian usahanya mengekang imigran dengan menyasar pengendalian 36,000 pelarian dalam setahun melalui dua kemudahan, masing-masing di pelabuhan Shengjin dan Gjader.

Bagaimanapun usaha ini mendapat tentangan hebat pembangkang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini