comscore
Tumpuan :
Dunia

Larangan masuk pelancong dari China ke Maghribi mulai 3 Januari

FOTO: AP

MAGHRIBI: Larangan masuk kepada pelancong dari China akan dikuatkuasakan mulai 3 Januari berikutan peningkatan kes COVID-19.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Pihak Berkuasa negara itu memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka

Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan gelombang penularan baharu di negara itu.

Sementara itu, Kanada pada Sabtu mengumumkan, penumpang yang datang dari China, Hong Kong dan Macao perlu menyerahkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif sebelum menaiki  penerbangan ke negara itu.

Kementerian Kesihatan Kanada menyatakan bahawa semua pengembara udara dari lokasi itu “perlu memberikan bukti keputusan ujian COVID-19 negatif kepada syarikat penerbangan sebelum menaiki pesawat dan ujian saringan itu mesti diambil tidak lebih daripada dua hari sebelum berlepas.”

Keputusan itu juga tertakluk kepada pengembara berumur dua tahun dan ke atas berkuat kuasa 5 Januari.

Langkah itu akan dilaksanakan selama 30 hari dan pihak berkuasa akan menilai semula apabila lebih banyak data dan bukti tersedia.

Keputusan itu dibuat selepas lonjakan kes dan data jujukan genom epidemiologi dan virus yang terhad pada kes itu.

Sebelum ini Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Itali dan Sepanyol turut akan menguatkuasakan keperluan perjalanan baharu untuk mereka yang datang dari China termasuk keputusan ujian negatif COVID-19.

China baru-baru ini mengumumkan akan mula melonggarkan langkah pencegahan pandemik dan memilih “hidup bersama COVID” selepas tiga tahun sekatan, sempadan ditutup dan kuarantin wajib. – BERNAMA

Loading...
Terkini