KABUL: Taliban Afghanistan melaksanakan satu lagi perintah baharu yang aneh apabila melarang kaum wanita bercakap di tempat awam.
Kaum wanita tidak dibenarkan untuk bersuara dengan kuat sehingga boleh didengari oleh orang lain termasuk dalam kalangan wanita sendiri.
Menurut sebuah portal antarabangsa, menteri di Afghanistan, Mohammad Khalid Hanafi, kaum wanita mesti mengelakkan daripada membaca al-Quran dengan suara yang nyaring di hadapan wanita lain.
“Apabila wanita tidak dibenarkan untuk mengucapkan takbir atau azan (seruan untuk solat), sudah tentu mereka tidak boleh menyanyi atau mendengar muzik.
“Walaupun ketika seorang wanita dewasa berdoa dan seorang wanita lain melintas, dia tidak seharusnya berdoa dengan suara yang cukup kuat untuk didengar.
“Bagaimana mereka boleh dibenarkan menyanyi jika mereka tidak dibenarkan mendengar suara [satu sama lain] semasa berdoa, apatah lagi untuk perkara lain,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan pada hari Sabtu.
Suara seorang wanita dianggap sebagai aurat, iaitu sesuatu yang perlu ditutup dan tidak seharusnya didengari di tempat awam, bahkan oleh wanita lain, kata menteri itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.