comscore
Tumpuan :
Dunia

Lapan lemas di sungai di Gujarat, India

Foto hiasan

NEW DELHI: Lapan lelaki lemas ketika mandi sungai di Gujarat, barat India pada Jumaat.

Insiden lemas itu dilaporkan oleh penduduk kampung yang pergi ke sungai Meshwo di daerah Gandhinagar di Gujarat untuk upacara membenamkan patung dewa, kata seorang pegawai kanan polis kepada media tempatan.

Polis menemukan lapan mayat dari sungai itu dan juga memastikan sama ada terdapat mangsa lain yang hilang.

Seorang saksi yang merupakan sebahagian daripada kumpulan itu, memberitahu polis bahawa terdapat sembilan orang mandi di sungai itu manakala sekumpulan penduduk kampung telah berkumpul untuk membenamkan patung dewa Hindu Ganesha. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini