DOHA: Lanjutan gencatan senjata dalam konflik Palestin dan Israel bergantung kepada pembebasan tebusan.
Menurut Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari, fokus utama ketika ini adalah untuk meneruskan gencatan senjata, sekali gus membuka peluang rundingan untuk menamatkan keganasan.
Mengenai usaha dalam tempoh 48 jam lanjutan gencatan senjata sementara ini, tumpuan utama semestinya bagi mencapai gencatan senjata mampan yang akan membawa kepada rundingan lanjut dan akhirnya dan menamatkan situasi keganasan ini dan perang ini.
Sejak gencatan senjata pertama pada Jumaat lalu, pejuang Hamas dari Palestin telah membebaskan 69 penduduk Israel yang berada dalam tawanan mereka sejak 7 Oktober lalu.
Sementara itu, berdasar angka yang dikeluarkan Israel, jumlah tebusan yang masih ada di Gaza berjumlah 184 orang termasuk 14 warga asing serta 80 rakyat Palestin yang memiliki dua kewarganegaraan.