comscore
Tumpuan :
Dunia

Lagi insiden Boeing, roda gear pesawat tertanggal ketika berlepas

FOTO: Fail Reuters

WASHINGTON: Roda gear pendaratan sebuah pesawat milik United Airlines tertanggal sejurus berlepas dari Los Angeles.

Syarikat penerbangan Boeing dalam satu kenyataan melalui e-mel, berkata penerbangan Boeing 757-200, selamat mendarat di Denver selepas satu rodanya tertanggal ketika berlepas.

Insiden itu hanya beberapa bulan selepas insiden hampir sama berlaku membabitkan pesawat Boeing.

Menurut kenyataan itu, pasukan teknikal syarikat berkenaan sedang menyiasat punca kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan di dalam pesawat atau di darat.

Boeing dalam maklum balas melalui e-mel berkata, pihaknya menamatkan pengeluaran pesawat model 757 pada 2004.

Mac lalu, tayar pesawat milik United Airlines iaitu Boeing B777-200 tercabut di udara selepas berlepas dari San Francisco.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini